tazkirah.org anak kecil

Nak tahu tabiat nak jadi orang kaya dengan mudah? Mungkin ramai yang tidak sedar jadi ikut sahaja tips ini;

1. TIDAK BERKIRA DENGAN RAKAN SEKERJA.

Kalau kita kirim atau tapau makanan dari rakan sekerja. Apa kata kita genapkan baki yang perlu dipulangkan. Sedikit sebanyak dikira tips kerana membantu. Lagi satu, sekiranya dah dapat gaji. Beli makanan seperti biskut, kopi dan minuman 3 in 1 untuk diletakkan di dalam pantry. Kita tak tahu ada diantara kita yang bergaji kecil mengikat perut untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka.

2. RINGAN TANGAN DENGAN BANGSA LAIN.

Ketika mengisi minyak di stesen pam. Selepas attendan pam minyak telah mencuci cermin atau isi minyak untuk kita, ringankan tangan untuk menghulur token kepada mereka. Meskipun terdapat bangla yang bekerja di pam tersebut. Kita tidak tahu doa kita yang mana akan dimakbulkan. Bagi mereka yang mempunyai kereta mewah belum tentu dapat berbuat demikian.

3. MENYUMBANG DIRUMAH ALLAH.

Sekiranya kita singgah di rumah Allah (masjid atau surau), lepas menunaikan solat, seluk poket untuk cari duit note yang besar untuk disumbangkan ke dalam tabung masjid. Ini mungkin sumbangan terakhir dari kita.

4. MEMBANTU EKONOMI PETANI DAN NELAYAN.

Sekiranya selalu kita hanya bershopping di Tesco dan Giant. Apa salahnya kita beli barang dapur di pasar tani kali ini. Bukan sahaja dapat membantu petani dan nelayan.

5. MEMBANTU EKONOMI PENIAGA PASAR MALAM.

Sebalik membeli mainan untuk anak-anak di kedai mainan di mall atau pasaraya. Apa kata kali ini kita beli mainan di pasar malam. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ekonomi peniaga pasar malam.

6. MEMBERI TIPS KEPADA PELAYAN RESTORAN.

Setiap kali anda pergi makan di restoran atau warung. Selepas bayar tinggal duit baki seringgit atau sen yang diterima untuk tips mereka yang dah melayan kita.

7. MEMBERI TIPS KEPADA PEMANDU TEKSI.

Setiap kali menaiki teksi, pasti kita akan terima baki wang kecil. Apa kata kali ini genap sahaja tambang tersebut dengan niat untuk bersedekah kepada mereka. Mungkin ada diantara mereka mungkin mempunyai kekangan hidup yang kita tidak tahu. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

8. BELANJA KANAK-KANAK KECIL.

Sekiranya kita dalam perjalanan jauh, terjumpa dengan family yang anak ramai di kawasan rehat. Apa kata kita belikan chocolate untuk anak-anak tersebut untuk buat mereka gembira. Meskipun kecil namun besar ganjarannya.

9. BUAH TANGAN UNTUK PESAKIT.

Jika berpeluang untuk melawat orang sakit di hospital. Apa kata beli lebih satu buah tangan untuk pesakit sebelah dan doakan kesejahteraan untuk mereka. Kita perlu ingat doa orang yang sakit dimakbulkan.

10. BELANJA ORANG MAKAN.

Sekiranya kita minum di warung atau restoran. Apa kata sekali sekala kita bayarkan minuman untuk meja sebelah. Cuba jadikan tabiat insyaAllah rezeki kita akan melimpah ruah.

11. HULUR DUIT KEPADA IBU BAPA.

Setiap bulan selepas dapat gaji. Pastikan hulur sedikit buat ibu bapa kita bagi mengingati jasa mereka membesar dan melahirkan kita. Sangat besar rahmat sekiranya kita berbuat demikian.

12. TIDAK BERKIRA DENGAN ANAK DAN ISTERI.

Sekiranya kita tengok pakaian anak dan isteri sudah lusuh. Apa kata kita belikan satu dua baju dan seluar untuk mereka. Jangan kita berkira dengan anak dan isteri.

13. JADIKAN MEMBERI SATU TABIAT. Dalam setiap tindakan kita seharian terdapat pelbagai keadaan yang kita boleh membantu orang, sekiranya kita mengamalkan konsep bersedekah walaupun kecil nilainya. Sedikit sebanyak akan memberi impak kepada diri kita. Yang menjadi keutamaan ialah keikhlasan kita. Belum lagi pernah saya tengok orang yang menderma menjadi papa kedana. Hari ini mungkin kita yang menghulurkan bantuan, esok lusa mungkin kita pula yang memerlukan bantuan.

And low cement http://www.paper-writer.org/ cityscape, and wild animals and!
Written by admin

Leave a Comment