TAZKIRAH - WE NEED TO BE REMINDED
WE NEED TO BE REMINDED

WE NEED TO BE REMINDED

5 Sikap Isteri Yang Boleh Membunuh Perasaan Sayang Suami Dan Meruntuhkan Rumah Tangga.

Perselisihan faham dengan pasangan dan bergaduh kecil kerana pendapat yang berbeza merupakan antara asam garam di dalam rumah tangga. Namun adakalanya apabila terlalu sibuk menguruskan rumah tangga, wanita sebagai isteri adakala terlupa untuk memberikan perhatian dan menunjukkan kasih sayang kepada suami, terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin. Di satu sudut yang lain, perkara kecil dan remeh-temeh juga boleh menjadi punca rumah tangga porak peranda dan kebahagiaan yang di bina musnah sekelip mata. Kami senaraikan di sini 5 sikap isteri […]

Isteri Nusyuz Berdosa Besar

Isteri Nusyuz Berdosa Besar!

Perkahwinan adalah jalinan ikatan yang sah di antara lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Dengan adanya ikatan perkahwinan ini, terdapat hak-hak yang perlu dijaga dan ditunaikan oleh pasangan suami isteri. Antara hak-hak isteri ke atas suami ialah suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri yang meliputi keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.Bagi isteri pula, terdapat hak suami ke atasnya yang wajibvdilaksanakan iaitu isteri wajib taat dan melakukan segala perintah suaminya selagi perintahnya itu tidak bertentangan dengan hukum syara‘. […]

beribadat

6 Perkara Dorong Beribadat Kepada Allah SWT

Pada waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa. Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w: “Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?” Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.” Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, […]

Solat Jumaat Tazkirah.org

9 Amalan Hebat Hari Jumaat. Tak Buat Sangat Rugi!

1. Memotong Kuku. Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” 2. Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.” […]

tazkirah.org

6 Ciri-ciri Isteri Derhaka

  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.   Sahabat yang dirahmati Allah, Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)   Wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita […]

Amalan Zikir Untuk Anak-Anak Jadi Bijak

Amalan Zikir Untuk Anak-Anak Jadi Bijak

Antara zikir yang boleh dijadikan amalan untuk anak-anak menjadi bijak dan cerdas; 1) Amalkan Asmaul Husna berikut dan tiupkan ke kepala semasa anak-anak tidur. Ya Raqib-7x Ya Barr-7x Ya Mutakkabbir-10x Ya Matiin-10x Ya Syahiid-21x 2) Ibu Bapa baca asma di atas, tiupkan pada air minuman dan beri si anak minum. 3) Letak tangan kanan di atas kepala anak-anak yang hendak ke sekolah dan baca asma di atas; Doakan semoga anak menjadi bijak, cerdas, terang hati, mudah mengingat pelajaran, dapat menjawab […]

tazkirah.org anak kecil

13 Tips Mudah Untuk Jadi Orang Kaya.

Nak tahu tabiat nak jadi orang kaya dengan mudah? Mungkin ramai yang tidak sedar jadi ikut sahaja tips ini; 1. TIDAK BERKIRA DENGAN RAKAN SEKERJA. Kalau kita kirim atau tapau makanan dari rakan sekerja. Apa kata kita genapkan baki yang perlu dipulangkan. Sedikit sebanyak dikira tips kerana membantu. Lagi satu, sekiranya dah dapat gaji. Beli makanan seperti biskut, kopi dan minuman 3 in 1 untuk diletakkan di dalam pantry. Kita tak tahu ada diantara kita yang bergaji kecil mengikat perut […]

Tazkirah.org masjid

Tujuh Golongan VIP Di Akhirat

Jadilah kamu orang yang mengajar atau belajar atau mendengar, jangan jadi golongan ke 4, nescaya binasa… Rasulullah s.a.w menjelaskan suatu keadaan yang amat menggerunkan pada hari Kiamat dalam sepotong hadis baginda yang bermaksud ; “ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke […]

Tazkirah.org subuh

Kelebihan Solat 5 Waktu Terutama Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim) Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. […]

www.tazkirah.org solat hajat

Kelebihan Solat Hajat

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim (du’a ini tidak disalin semua) – Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2 Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut […]